Bila tengok drama series Turki macam Kuruluş Osman & Diriliş Ertuğrul pastu compare pulak dengan apa yang berlaku di Gaza sangat persis. Dalam drama ni kekuatan yang dorang ada kalau nak dibandingkan dengan kekuatan Empayar Rom sangat jauh beza, sama ada dari segi jumlah mahupun kelengkapan perang.
Tapi memang benarlah pabila iman tu dah 'merasuk' ke dalam dada-dada orang beriman, kekuatan tu memang Allah akan bagi. Dalam masa yang sama, persiapan strategi perang yang berkesan & teliti mengambil kira semua aspek serta penggunaan tipu helah untuk mengalihkan perhatian musuh pun sangat penting.
Bila Osman kata yang dia nak serang salah sebuah istana Rom yang dilengkapi askar & penjaga istana yang lengkap bersenjata dengan hanya bertemankan 2 orang Alp (gelaran untuk pahlawan Turki), hampir semua orang pandang rendah sambil perlekehkan dia.
Kata mereka, mustahil utk kamu bertiga keluar dari istana Rom dalam keadaan selamat.
But it turns out that they are totally WRONG!
Kalau kita lihat pada situasi semasa di Gaza, sama juga dengan apa yg H***S perjuangkan sekarang. Jumlah sama sekali tidak menjamin kemenangan. Bahkan dalam sejarah sudah terbukti bahawa dengan jumlah yang sedikit namun kualiti yang ada seperti yang telah digariskan oleh Al Quran & As Sunnah dengan strategi serta penggunaan helah yang tersusun dan berkesan lebih menyumbang kepada kemenangan.
Allah SWT berfirman:
فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ والَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لا طَاقَةَ لَنَا اليَوْمَ بِجَالُوتَ وجُنُودِهِ قَالَ الَذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاقُوا اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإذْنِ اللَّهِ واللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ [ البقرة 249]
Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
-Nukilan dari Sakan Jami'ah Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan-
No comments:
Post a Comment