Wednesday, 13 November 2019

ONE STEP CLOSER (PART 1)

Kenangan interview bersama Tasniim Hasri 💝

Fuhh, rupanya bukan mudah jugak nak consistent menulis ni kalau tak biasa 😅 But it's okay, I will keep trying! For this entry, Sis nak share pengalaman apply dan interview hrtu.

Btw, sis tau korang semua mesti tgh busy class laa, assignment yg bertimbun lagi, mana dgn extra-class yg lect buat mengejut bagai, tu tak kira lagi dengan penat ulang-alik dari kampus ke hostel kan? Sis faham sgt laa, kat mana2 uni pun lebih kurang je 'pattern' dia. So, korang takyah laa kalut sgt nak baca, time free nanti baru sambung baca. Baru laa feeling sikit! 😂

***

2.30 pagi

Mataku masih 'segar' menatap komputer. Jari jemariku semakin lemah menaip tiap perkataan mahupun ayat. Akalku pula semakin kehabisan idea untuk terus merangka ayat demi mengisi segala maklumat yang diperlukan di laman sesawang itu. Meskipun sudah berkali-kali aku terlelap di hadapan skrin itu, tetap ku gagahi. Setelah selesai semua ruangan maklumat diisi, lantas butang simpan ditekan.

'Error, please try again'

"Arghh!! Berapa kali lagi nak isi benda ni, orang dah tak larat kot"😭 Keluhanku lantas memecahkan keheningan malam di ruang itu. Setelah berpuluh kali mencuba buat kesekian malam aku berjaga, akhirnya air mataku tumpah juga pada malam itu. Aku hampir berputus asa. Segala impian dan harapan seolah-olah musnah berkecai.

"Kakak ok tak tu?" Satu suara lembut menyapaku. Mungkin dia terdengar rungutanku yang agak lantang tadi."Ummi, Timah dah tak larat laa nak isi benda yang sama berkali-kali. Dah laa, kalau tak nak bagi orang sambung belajar sana sudah la!" Luahku kecewa.

"Sabarlah kakak, cuba lagi esok. Doa banyak2, buat solat hajat, In sya Allah pasti Allah akan mudahkan. Hmm.. sudah laa tu, pergi tidur dulu. Kakak dah penat sangat tu"😇 Pujuknya lembut seperti biasa.

Aku terdiam seribu bahasa. Hanya jari jemariku yang pantas menutup semua laman sesawang terus 'shut down'. Dengan air mata yang masih laju mengalir, aku lantas segera menuju ke bilik tidur. "Cukup2 laa menangis tu, simpan sikit air mata tu" Ummi masih tetap memujuk. "Ye laaa.." Jawabku lemah.

Setibanya di bilik, aku lantas merebahkan diri di atas katil dengan air mata yang semakin laju mengalir. Hati kecilku bersuara, "Ya Allah, aku mohon padaMu..berilah kekuatan pd hambaMu ini. Jika ini adalah jalan yang terbaik, maka permudahkanlah segalanya. Jika sebaliknya, maka berilah aku kekuatan untuk redha serta tunjukkanlah jalan yang terbaik buatku.."😢

***

Tiiittt!
Satu mesej baru masuk melalui aplikasi Whatsapp.

Tasniim : "Salam, kak imah. Cuba try check email sbb kmi dah dapat email dari Turki utk iv Diyanet. Klu kak imah dpt jugak, bleh laa kita pergi sana sama-sama" 😚

Me : "Ye ke? Wahhh, tahniah Aniim! Nanti kmi try tengok klu ada email baru masuk. Tq sbb bgtau" 😍

***

Tepat pada tarikh 4/5/19, satu email baru telah masuk dalam peti inbox. Dari nama pengirim, obviously bukan dari tanah air. Dengan penuh debaran, "Bismillah".. Jari jemariku lantas mengarahkan arrow ke penjuru paling atas. Pap! Email dibuka. Lantas, setiap patah perkataan ku baca dengan penuh teliti. "Mcm mana laa nak faham apa yang dia tulis ni? Semua dalam bahasa Turki" ucapku kehairanan.  Tanpa berfikir panjang, jariku sepantasnya terus scroll ke bawah.

"Dear Fatimah Azzahra Azizan, we are delighted to inform you that you are qualified for interview as a result of your application for Turkiye Diyanet Foundation Scholarships Program.."

Mata bundarku membulat. Aku tergamam seribu bahasa. Jantungku pula berdegup kencang. "Ummi!! Timah dapat panggilan interview untuk biasiswa Diyanet dari Turki." Teriakku keriangan sambil meluru ke arahnya. Jauh di sudut hati, hanya Allah saja yang tahu perasaanku sesungguhnya di saat itu."Betul ke, kakak? Alhamdulillah, Ummi tau kakak mesti boleh punya!" Sahut ummi sambil mendakap erat tubuhku. Jelas sekali terpancar kegembiraan di raut wajahnya ketika itu.

***

Sejak hari itu, bermulalah fasa yang agak sibuk bagi sis. Maklumlah, first time nak pergi interview plus iv ni plak utk sambung belajar kat luar, so mesti laa interviewer dia bukan org melayu kan? Tu yang berganda-ganda level nervous dia😜 Tapi, alhamdulillah laa Mr Google dan Mr Youtube ada.

So, kat situ laa sis banyak cari info, tips and tricks common dalam interview terutamanya untuk biasiswa Turki ni. Menariknya, ada satu video dari pelajar2 Indonesia yg lulus iv Turkiye Burslari (YTB) ni share beberapa tips:


1. Jangan masuk bilik iv selagi mana belum dipanggil (sbb ada kes di Indonesia yang mana seorang candidate ni dia terus masuk bilik iv tu bila dah kosong padahal nama dia belum dipanggil masuk. So, mungkin laa orang2 Turki tu bengang ke apa, terus kena halau dari situ😂) Even dah dipanggil masuk pun still kena tunggu dorang persilakan duduk dulu baru boleh duduk. Nak katanya, tak kira laa tebal mana pun sijil yang kita ada, siapa pun kita, adab tu  tetap no 1 yang dorang nak tengok.

2. Waktu interviewer tu minta kita perkenalkan diri, actually bukan dorang nak dengar pasal latar belakang keluarga kita sangat (cth, bil adik-beradik, pekerjaan ibu bapa dll) tapi, yang dorang nak dengar adalah academic background kita seperti graduan dari institusi mana, dulu belajar bidang apa, and the most important part is pengalaman dan penglibatan kita dalam ko-kurikulum sepanjang kita belajar dulu. So, jangan buang masa cerita perkara-perkara yang tak penting😉

3. Bawa sekali add-on tools such as life's roadmap, gambar buat program ke, atau apa2 bukti selain sijil yang menyokong pengalaman serta penglibatan kita tadi. Kalau tak nak buat roadmap pun takpe, but at least kena cerita perancangan jangka masa pendek dan panjang dan cuba kaitkan macam mana dengan study kat Turki tu boleh bantu kita untuk capai cita-cita tadi. Secara tak langsung, semua tu akan menunjukkan yang kita ni bersungguh-sungguh plus ada matlamat yang jelas untuk sambung belajar kat Turki.


 As the conclusions, sis buat ketiga-tiga tips tu masa interview and i've did it! 
Nanti sis sambung cerita dalam next part okay? 🙆
















No comments:

Post a Comment

My First Ramadan in Türkiye

FROM MY RAMADAN 2020's ARCHIEVES 💝 [18 Ramadan 1441 H] Kali ni sis nak kongsi pengalaman berpuasa buat kali pertama di bumi Turki ni....