Sunday, 27 October 2019

ALONG THE JOURNEY


Lama pulak sis menyepi ๐Ÿ˜… Okay, let's continue!

 For your information, sis merupakan salah seorang graduan generasi pertama Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin atau lebih dikenali sebagai MASDAR. Sekolah ni merupakan 'private school' yang bertempat di Changlun, Kedah. Yupp, bilangan kami tak ramai. Maklumlah, nama pun 'first batch' kan? So, secara rasminya (yang berjaya menamatkan pelajaran selama 5 tahun persekolahan) kami berjumlah seramai 46 orang; 26 orang lelaki dan 14 orang perempuan. 

Hmm.. kalau nak cerita pengalaman sis dari A-Z sepanjang 5 tahun tu, nampak gayanya kena buat blog lain plak laa utk cerita ๐Ÿ’

Yeah, those 5 years holds such amazing, enjoyable, meaningful and unforgettable moments for the entire of my life! Kira, segalanya laa ada kat situ. Pahit manis, suka duka, jatuh bangun, semuanya teradun dalam satu lembaran kehidupan. Deep in my heart, everything was still remaining there๐Ÿ’“

Nak dipendekkan cerita, impian ni bermula dalam kelas Bahasa Arab bersama salah seorang guru kesayangan kami semasa Tingkatan 5.

Suatu hari di akhir sesi P&P, Ustazah bersuara..

"Haaa, eloklaa sazah nak habis Master, kamu pulak nak SPM dah. Lepas ni, kamu sambung laa kat mana2 setahun pstu kita pergi Turki sama2. Sapa nak ikut sazah?"

The whole class angkat tangan. "Nak ikut, zah!"
(Kelas kami asing lelaki perempuan, so time ni kami gegirls je dalam kelas๐Ÿ˜œ)

"Okay, kalau kamu betul-betul nak ikut sazah, make sure buat sehabis baik SPM nanti untuk dapatkan result yang cemerlang"

"In sya Allah, sazah!"

So sejak moment tu laa timbulnya angan-angan yang lama-kelaman ia berubah menjadi sebuah tekad
 demi melanjutkan pelajaran di bumi Uthmaniyah sana.

Note : Beliau merupakan Guru Bahasa Arab merangkap Warden, PK HEM di MASDAR, juga seorang pelajar, memandangkan beliau melanjutkan Master secara part-time di KUIN atau kini dipanggil UniSHAMS ketika itu)

Kalau korang nak berkenalan dengan beliau lebih lanjut, jemput laa singgah baca di https://nurzah15919.blogspot.com ๐Ÿ’



Pssstt, baca sikit lagi ye!๐Ÿ˜Ž

 Disebabkan sistem pendidikan di Turki adalah 12 tahun (8+4), manakala di negara kita hanya 11 tahun (6+5). Jadi, untuk melayakkan diri sesuai dengan syarat utama untuk melanjutkan pelajaran di Turki, kena laa cukupkan lagi setahun pengajian dalam negara. It's up to you, either nak sambung Matrikulasi ke, Asasi ke, tak kisah laa mana-mana pun, janji setahun.

So, after SPM sis decide untuk sambung STAM di Ma'had Attarbiyah Al Islamiah (MATRI), Beseri, Perlis.

Kebanyakan STAM kat sekolah lain hanya mengambil masa selama setahun. Tapi, kalau kat MATRI ni, tempohnya adalah setahun setengah. Kiranya kami mula daftar masuk MATRI bulan 7 tahun 2017, dan ambil exam STAM bulan 10 tahun 2018. So, lebih kurang setahun setengah laa๐Ÿ™Œ

Mungkin ada tertanya-tanya kenapa STAM kat MATRI tempohnya lebih lama berbanding sekolah lain? Ok laa, meh sis cerita.

Kalau sekolah lain, setahun tu memang dorang fokus belajar untuk STAM je. Kira setahun tu pulun habis laa mengadap buku semata-mata!๐Ÿ˜œ

Tapi, kat MATRI ni lain. Kami belajar jugak macam orang lain, tapi sepanjang 5 bulan pertama tu kami diberi pendedahan serta pengalaman khusus dari aspek kepimpinan dulu. Contohnya, kami diwajibkan untuk menjadi tenaga-tenaga fasilitator untuk berbagai jenis program serta perkhemahan di dalam mahupun di luar sekolah.

Secara tidak langsung, pengalaman-pengalaman ni laa yang banyak membina kematangan kami, cara berfikir, softskills terutamanya dari sudut pengucapan awam dan keupayaan untuk memimpin.

Kira bila keluar nanti dapat 2 in 1 laa, Sijil STAM pun dapat, ciri-ciri kepimpinan pun dapat, In sya Allah!๐Ÿ’ช

Bukan takat tu je tau! Bila kami masuk di tahun akhir Tingkatan 6 atau lebih tepat sebelum kami masuk fasa peperiksaan STAM, kami kena buat satu program khidmat masyarakat bersama masyarakat orang asli. So, mula dari survey tempat, kumpul dana, rancang aktiviti, sampai laa ke hari kejadian, semua kami kena organise sendiri.

But don't worry! Actually kat MATRI ada ramai guru-guru berpengalaman especially dalam bab-bab buat program ni antaranya Cg Azmi, Ustaz Yazid, Cg Ghazali Saad dan ramai lagi. With their experiences, guides, and advises it's really not a big deal!

Bunyi cam best kan? Hehe, memang best pun!
Kalau nak rasa best dia mcm mana, amik laa STAM kat MATRI ๐Ÿ™†

 Bleh apply kat sini je, http://www.matri.edu.my
atau https://www.masdar.edu.my

Both are my best school ever! ๐Ÿ’œ๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’—



Note : 8+4; 8 tahun Sekolah Rendah, 4 tahun Sekolah Menengah
         : 6+5; 6 tahun Sekolah Rendah, 5 tahun Sekolah Menengah







Wednesday, 23 October 2019

WHY IT MUST BE TURKEY?



In the name of Allah, here the story begins.

First of all, sis nak share kenapa sis pilih Turki sebagai destinasi untuk sambung belajar.
Antara sebab-sebabnya :

1) Peluang biasiswa penuh daripada kerajaan Turki melalui Turkiye Diyanet Foundation atau Turkiye Burslari Scholarship Program

2) Peluang untuk menguasai bahasa Turki dan BA  (terutamanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ilahiyat; bahasa pengantarnya 70% Turkish 30% Arabic)

3) Suasana pembelajaran yang kondusif, setaraf dengan universiti-universiti di Eropah ๐Ÿ˜

4) Berpeluang utk belajar di pusat pemerintahan Daulah Turki Uthmaniyyah yg kaya dgn kesan-kesan sejarah.

Well, ni antara sebab yang common laa bagi rata2 Malaysian yang datang sambung belajar kat Turki.

Okay, now let's speak the truth. 

Actually, sis dah tekad untuk sambung dalam bidang Sejarah Islam, that's the first reason kenapa sis nak datang belajar kat sini. Time isi UPU hrtu pun, memang sis pilih uni yang ada course yang sis nak je iaitu UM dan UIA. Tapi, nak dijadikan cerita, sis terlupa nak ambil exam MUET awal tahun hrtu (memandangkan time STAM tahun lepas belum ambil MUET) So, sis ambil jugak MUET tu tapi lambat laa, dalam bulan 7 baru sis ambil. So, bila apply UPU, confirm laa tak dapat! Hahaha๐Ÿ˜‚

But it's okay. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?
Hikmahnya, memang Allah nak suruh pergi Turki jgak laa jawabnya!

Besides that, of course, I do really love to explore new places, learn other languages, and make new friends from all over the world. That's are my dreams since I was young.

Jadi, bila peluang dah ada, tunggu apa lagi kan? ๐Ÿ™†

Secondly, why I choose Ankara instead of Istanbul?
Okay, kalau yang ni sis takde reason yang solid senanya, lebih kepada rezeki laa kot ๐Ÿ’Ÿ

Sebab actually sis apply 3 jenis biasiswa dari Turki, iaitu Turkiye Burslari (YTB), Diyanet dan Fatih Sultan Mehmet Vakif University (FSM) kat Istanbul. So, untuk YTB dan FSM memang sis apply kat Istanbul. Cuma yang Diyanet je sis minta kat Ankara sebab pilihan universiti agak terhad plus course yang ditaja cuma satu, iaitu Theology/Ilahiyat (also after several surveys, I've found that the university in Ankara suits me well for this course)

Then bila result application keluar, Alhamdulillah sis dapat 2 tajaan biasiswa. Firstly daripada Diyanet and secondly daripada FSM. Tapi, result Diyanet keluar dulu plus parents memang prefer biasiswa ni sebab dia full scholarship (biasiswa yang ditaja termasuk tiket flight setiap tahun, asrama, yuran pengajian bahasa dan universiti). Kalau untuk biasiswa dari FSM, hanya yuran pengajian je yang ditaja memandangkan ia adalah universiti swasta. Jadi, untuk yuran pengajian bahasa, kos sara hidup dan sewa rumah dan lain-lain adalah tanggungan sendiri.

So, that's are the reason. To be continued ๐Ÿ’ค

















Monday, 21 October 2019

MERHABA :)

Assalamualaikum semua!
Moga semuanya sihat di bawah jagaan Allah Taala.

Haha, this is my first time to write in this kind of blog that I've just learned a few minutes before!

Actually, I just think to write all of my daily experiences and so on in my mini diary book. But yeah, let's try a new way ๐Ÿ™Œ

So, welcome to my life journey here!

My First Ramadan in Tรผrkiye

FROM MY RAMADAN 2020's ARCHIEVES ๐Ÿ’ [18 Ramadan 1441 H] Kali ni sis nak kongsi pengalaman berpuasa buat kali pertama di bumi Turki ni....